Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Inconjunction of the PERHIMPUNAN AGuNG UMNO 2006 this is special tribute for the Events..
PERHIMPUNAN Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 13 November hingga 17 November ini akan membawa Misi Nasional bagi menjayakan Wawasan sebagai satu landasan untuk memperteguh dan memperkukuh bangsa Melayu selaras dengan matlamat UMNO sendiri. Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah pemangkin kepada pembangunan jati diri bangsa Melayu ke arah persediaan minda dan fizikal khususnya untuk menentukan hala tuju bangsa Melayu pada masa hadapan.
Dalam persidangan kali ini, sebanyak 2,554 perwakilan akan mewakili Bahagian-bahagian UMNO dengan UMNO Bahagian Kinabatangan sahaja yang tidak menghantar perwakilan. Ini kerana UMNO bahagian tersebut tidak mengikut peraturan Perlembagaan UMNO apabila perwakilan G7 hanya dipilih dan bukannya melalui proses pertandingan seperti yang telah ditetapkan.
Misi Nasional menggariskan lima teras yang tertumpu kepada bidang utama, yang akan membawa negara mencapai Wawasan 2020 iaitu:
· Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
· Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama"
· Menangani masalah kedidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif
· Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup
· Mengukuhkan keupayaan instutusi dan pelaksanaan negara
Perhimpunan kali ini bermula dengan taklimat Presiden yang akan berlangsung secara tertutup di Dewan Merdeka,dengan membabitkan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Exco Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri, Ketua-ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian, Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari Bahagian.
Dalam pada itu, sebanyak 33 buah parti daripada 30 buah negara telah diundang dengan 19 parti daripada 18 buah negara telah mengesahkan kehadiran mereka di samping 58 perwakilan daripada 60 Kelab UMNO Luar Negara telah diundang ke perhimpunan kali ini.

Info from UMNO-ONLINE
Info from Internal-NewsData
Info from Internal-NewsData

No comments:
Post a Comment